04 Disember 2012

Sapu’ beg atas meja

20 Muharram 1433H. [MOD] -

GOMBAK: Angkara cuai, seorang wanita berputih mata apabila kerugian hampir RM30,000 selepas beg tangannya yang diletakkan atas meja ketika makan di sebuah restoran di Kuang, dekat sini, dilarikan penjenayah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin, ketika mangsa yang berusia 30-an asyik menjamu selera bersama ahli keluarganya.

Menurut sumber, tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar dan berusia lingkungan 20-an muncul dan dengan pantas mencapai beg tangan mangsa.

“Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit apabila beg tangannya yang mengandungi barang kemas termasuk beberapa bentuk cincin dan rantai emas bernilai hampir RM29,000 dan wang tunai sebanyak RM1,000 dilarikan lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri bersama seorang rakannya yang bersedia di luar restoran dengan menunggang motosikal.

metro/-

Tiada ulasan: