07 Februari 2013

10 tahun sewa rumah usang

10 tahun sewa rumah usang26 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Mohd Azri di hadapan rumah usang yang disewanya sejak 10 tahun lalu di Kampung Padang Siam, ketika ditemui semalam.
PASIR PUTEH - Kesempitan hidup enam beranak di sini menyebabkan mereka hanya mampu menyewa rumah kecil dan usang sejak 10 tahun lalu.

Mohd Azri Ariffin, 40, berkata, bahagian dapur rumah itu tidak boleh digunakan lagi kerana zink bumbung sudah lama mereput yang memaksa isterinya, Nor Asyikin Mohamad Nor, 36, menjadikan ruang bersebelahan rang tamu sebagai dapur.

Katanya, dia yang hanya bekerja sebagai buruh di kedai pembinaan serta berpendapatan tidak menentu susah semestinya tidak mampu memiliki rumah sendiri dan berharap masalah yang dihadapi mendapat perhatian pihak berkenaan seberapa segera.

“Saya sudah berjumpa dengan pemimpin tempatan, bertemu dengan pihak Felcra tapi sehingga sekarang hasrat mendapat bantuan rumah tidak tercapai.

“Saya benar-benar memerlukan bantuan itu untuk dibina di atas tanah milik ayah saya di Kampung Telaga Papan, Semerak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Lebih menyedihkan katanya, dua daripada empat anaknya merupakan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan perhatian khusus iaitu Mohamad Hairi Zulkarnain, 12, dan Mohd Rizal Azuwal, 17.

Mohd Azri berkata, dia tidak menafikan menerima banuan seperti orang lain tetapi ketika ini dia hanya memerlukan rumah.

“Kami perlukan rumah, kecil pun tak apa asakkan kami tidak lagi menyewa di rumah usang ini kerana anak-anak kami memerlukan tempat selesa untuk belajar.

“Salah seorang anak saya menghuni asrama di sekolahnya kerana suasana di rumah ini tidak lagi sesuai untuk dia belajar, saya tidak mahu dia gagal dalam akademik,” katanya.

Katanya, sepatutnya tidak ada lagi orang susah sepertinya kerana kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.

“Kami tidak tahu kenapa bantuan itu tidak sampai kepada saya sedangkan orang lain yang sudah pun memiliki rumah mendapat bantuan rumah daripada kerajaan,” katanya.

harakah/-

Tiada ulasan: