01 Februari 2013

400 Pemuda pastikan Kuala Nerus milik PAS

20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



(Pemuda PAS berikrar menangkan PAS di semua kawasan di Kuala Nerus)

KUALA TERENGGANU: Lebih 400 pemuda PAS berikrar akan memastikan semua kawasan pilihan raya di bawah Parlimen Kuala Nerus akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.

Ikrar itu dibuat dalam pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Kuala Nerus semalam.

Selain Parlimen, Kuala Nerus mempunyai tiga kawasan DUN di bawahnya iaitu Bukit Tunggal, Seberang Takir, Telok Pasu dan Tepoh.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dalam ucapannya berkata,  perhimpunan pagi ini adalah jihad dan menandakan pemuda sudah bersiap sedia menghadapi PRU13.

"Pemuda akan memastikan semua 4 dun menjadi milik PAS dan Pakatan," katanya.

Beliau mengarahkan jentera pemuda mulai hari ini bergerak 100 % dan bersiap siaga untuk mengempur jentera musuh bagi memastikan Kuala Nerus dimenangi oleh PAS.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Moh Nor dalam ucapan perasmianya menyeru semua jentera pemuda Kuala Nerus memastikan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 nanti.

"Masanya telah tiba kerajaan rakyat memerintah Malaysia dan Terengganu kembali kepada pemerintah PAS," katanya.

Kerajaan PAS Terengganu yang dimenangi pada tahun 1999 hanya bertahan satu penggal apabila dimenangi semula oleh BN melalui penipuan daftar pemilih.

Akibat manipulasi ini, banyak kawasan pilihan raya yang mencatatkan hampir 90 %  pengundi yang turun.

Bagi Mohd Nor, pemuda perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Umno BN ditumbangkan.

"Tapi yang penting setiap petugas perlu berakhlak tinggi dan berdisiplin dalam perjuangan," katanya.

Pemuda bertanggungjawap memastikan semua bahan kempen parti tidak disabotaj Umno.

"Pemuda perlu bersikap lunak dan berhemah menghadapi para pengundi bagi memastikan setiap undi di Kuala Nerus diberikan pada PAS," tegasnya.

Beliau juga mahu pemuda memastikan keselamatan bilek gerakan dan petugas parti terjamin kerana PRU 13 adalah pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia.

"Solat hajat serta qiamulai menjadi santapan jiwa pemuda dalam memastikan kekuatan iman sentiasa berada dalam diri setiap pejuang Islam," arah beliau.

harakah/-

Tiada ulasan: