10 Mac 2013

Ketibaan Hagel disambut serangan bom

27 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Ketibaan Hagel disambut serangan bom

Kehadiran Hagel (kiri) di Kabul mendapat tentangan pihak tertentu.
KABUL - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan bom berani mati di pekarangan bangunan Kementerian Pertahanan Afghanistan sejurus Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel tiba di Kabul, semalam.

Pegawai memberitahu, letupan tercetus di lokasi yang agak jauh daripada kawasan Hagel melawat dan beliau disahkan selamat di dalam bangunan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Polis, Zahir Azimi berkata, kesemua yang terbunuh adalah penduduk awam dan sekurang-kurangnya tiga pegawai kementerian mengalami kecederaan.

"Sebelum letupan berlaku, seorang saksi ternampak penyerang yang menaiki sebuah motosikal kemudian meletupkan dirinya kira-kira 30 meter ke pintu masuk utama bangunan berkenaan," katanya.

Sementara itu, beberapa jalan raya berdekatan bangunan istana presiden ditutup sementara untuk memberi laluan kepada pihak berkuasa membersihkan kawasan berkenaan yang dipenuhi darah mangsa.

Bagaimanapun, kepimpinan Taliban dilaporkan tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan mengejut itu.  -  Al-Jazeera

Sinar harian/-

Tiada ulasan: