15 Mac 2013

Maybank perkenal kad Superman

3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Maybank

Dari kiri: Hong Tat, Ketua Kad dan Kekayaan Maybank, B Ravintharan dan Tomlinson pada majlis pelancaran kad debit Maybankard Visa Superman di Menara Maybank, semalam.
Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan 150,000 kad Debit Maybankard Visa Superman akan dikeluar dalam tempoh dua bulan selepas dilancarkan, semalam.

Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Datuk Lim Hong Tat berkata, kad debit edisi terhad itu dijangka membantu Maybank mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu pasaran kad debit.

Menurutnya, Maybank kini menguasai 53 peratus daripada pasaran pembayarandengan kad debit di negara ini.

Disasarkan kepada peminat Superman dan belia, kad Debit Maybankard Visa Superman turut memudahkan pembayaran dalam talian, iaitu pilihan terkini bagi segmen pasaran itu yang lebih gemar membuat pembayaranmenerusi internet.

Hong Tat berkata, kad baru ini turut menawarkan pelbagai manfaat termasuk diskaun 10 peratus bagi pembelian di kedai DC Stores di Malaysia dan diskaun 35 peratus bagi tiket ke Legoland Malaysia.

"Selain itu, pelanggan juga mendapat satu tiket percuma bagi setiap pembelian tiket di panggung wayang TGV dan boleh mendapat mata ganjaran Treatspoint Maybank dengan membuat bayaran menggunakan kad debit," katanya selepas pelancaran kad itu di Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Menurutnya, kad debit jenama terbukti semakin popular apabila kad Maybankard Manchester United yang diperkenalkan sebelum ini menerima sambutan menggalakkan dengan jumlah langganan sebanyak 400,000 kad dalam tempoh 11 bulan.

Sementara itu, Pengurus Visa Malaysia Stuart Tomlinson berkata, Visa melihat pertumbuhan kad debit yang kukuh di Malaysia kerana semakin banyak promosi dilakukan terhadap kelebihan dan manfaat yang ditawarkannya.

"Masyarakat Malaysia sedang mengubah cara mereka membuat pembayaran. Kad debit kini menjadi pilihan bagi ramai pelanggan yang kini lebih selesa menggunakan debit untuk membuat pembayaran sama ada jumlahnya besar atau kecil," katanya.

Sinar harian/-

Tiada ulasan: