08 Mac 2013

Pengganas menyorok

Foto25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Semporna: Pasukan keselamatan percaya saki-baki pengganas yang meloloskan diri daripada kejadian tembak menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya di sini, Sabtu lalu masih bersembunyi di daerah ini.
Polis tidak menolak kemungkinan mereka berada dalam kalangan penduduk atau mungkin melarikan diri masuk ke kawasan hutan dan ladang sawit.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdulllah berkata, pihaknya mengadakan kawalan ketat di setiap perkampungan, termasuk semua pulau di daerah ini dalam operasi mengesan pengganas terbabit, termasuk dalang dan pemberi maklumat mereka.

“Kita menggerakkan semua pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Komando VAT69 untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan serta menyiasat setiap laporan penduduk berkaitan perkara itu.
KANAK-KANAK melambai kepada pasukan keselamatan yang membuat rondaan di kampung mereka di Semporna, semalam.

“Selain itu, kawalan turut membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan perairan terutama pulau didiami penduduk tempatan dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti di Sipadan, Mabul dan Mataking,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

metro/-

Tiada ulasan: