01 Mac 2013

Terhumban dalam parit

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Terhumban dalam parit
menyelamatkan mangsa bersama seorang lagi adiknya, Mohd Shafie, 21 seterusnya membantu mengeluarkan motosikal mangsa Shaiful Shahrin menunjukkan lokasi kejadian kemalangan berla
KUALA KURAU - Seorang warga emas nyaris maut apabila terhumban ke dalam parit dipenuhi batu dan kayu tajam akibat gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya, di Kampung Parit Mat Ali, di sini, kelmarin.

Saksi kejadian, Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi,29, berkata, sewaktu kejadian jam 8.30 malam, dia sedang menonton televisyen bersama keluarga sebelum terdengar jeritan meminta tolong di kawasan parit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, dia terkejut mendengar jeritan itu memandangkan ketika kejadian keadaan hujan lebat.

“Saya bersama adik bergegas keluar rumah dan mencari arah suara tersebut datang.

“Saya terlihat kelibat manusia yang sedang terkapai-kapai di dalam parit berdekatan rumah saya, meminta pertolongan," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Shaiful Shahrin, dia lantas memanggil tiga lagi adik dan seorang sepupu untuk pergi ke tempat kejadian.

Jelasnya, mereka terkejut apabila melihat seorang warga emas berada di dalam parit bersama motosikalnya.

"Saya segera terjun ke dalam parit itu untuk menyelamatkan mangsa bersama seorang lagi adiknya, Mohd Shafie, 21 seterusnya membantu mengeluarkan motosikal mangsa yang berada di dasar parit itu.

“Mangsa yang dikenali sebagai Hamdan, 60, difahamkan hampir lemas berikutan kakinya terbenam di dasar parit dan turut tertindih motosikal miliknya," katanya.

Shaiful Shahrin berkata, mangsa bernasib baik kerana pada ketika itu air parit surut namun, warga emas berkenaan mengalami kecederaan di muka dan badan.

Katanya, mangsa turut menceritakan punca kegagalannya mengawal motosikal disebabkan matanya dimasuki serangga kecil sewaktu dalam perjalanan untuk makan sate di Batu 14, di sini.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Parit Tok Hin, dekat sini turut menceritakan dia hampir tertusuk sebatang kayu tajam sewaktu motosikal ditunggangnya terjunam ke dalam parit,” katanya.

Mangsa yang cedera dihantar pulang ke rumah kira-kira 15 minit selepas kejadian berlaku.

sinar/-

Tiada ulasan: