10 April 2013

32 maut, 850 cedera gempa bumi Iran

29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

BUSHEH - Gempa bumi kuat yang melanda selatan Iran semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang manakala 850 yang lain cedera.

Gempa bumi itu berukuran 6.3 skala richter.

Menurut media tempatan, kemudahan reaktor di kawasan gempa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kerosakan manakala loji nuklear selamat.

Berikutan gempa, berlaku juga kejadian tanah runtuh yang memusnahkan bangunan dan orang ramai terpaksa berkumpul di tempat selamat bagi mendapatkan bantuan.

Persatuan Bulan Sabit Merah telah menghantar lima pasukan bagi membantu operasi menyelamat.

Sekurang-kurangnya tiga lagi gempa susulan berlaku semalam dan pihak berkuasa menjangkakan jumlah mangsa bakal meningkat.

Gempa bumi berkenaan turut dirasai di Teluk Pars, Qatar dan Arab Saudi.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada loji Busheh masih terus beroperasi atau tidak selepas kejadian gempa berkenaan.

sinar/-

Tiada ulasan: