10 April 2013

JPM bayar iklan RM36 juta pada Mac tingkat imej Najib

29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM: Jabatan Perdana Menteri (JPM) didakwa membelanjakan sehingga RM36.1 juta pada bulan Mac lalu bagi kos pengiklanan untuk meningkatkan imej pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mata rakyat.

Bendahari Agung PKR, William Leong berkata, maklumat itu diperolehinya daripada laporan sebuah bank bertarikh 19 Mac lalu itu.

Katanya iklan itu antara lain untuk menutup ketidakcekapan pengurusan wang rakyat, penyelewengan sepanjang 50 tahun mentadbir negara dan mewujudkan perasaan kemakmuran walaupun realitinya negara berhadapan cabaran genting terutama dalam isu keselamatan

“JPM membelanjakan sebanyak RM36.1 juta ke dalam media arus perdana, terutamanya kempen pengiklanan di stesen radio dan televisyen,” katanya dipetik Selangorku.

Malah kata beliau, pada Februari lalu, BN juga sudah membelanjakan sebanyak RM4.9 juta bagi tujuan menyebarkan propaganda melalui media.

Kempen-kempen BN kini juga katanya boleh dilihat secara jelas dalam televisyen termasuk diulang tayang pada waktu perdana.

“Kita boleh melihat di bawah hegemoni BN, Pakatan Rakyat tidak diberikan peluang untuk muncul dalam media arus perdana seperti televisyen atau radio seperti TV3 dan RTM tanpa sekatan atau syarat-syarat,” katanya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: