28 April 2013

Aziz akan dedah siapa Dr Mazlan

17 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PULAU PINANG: Bekas Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang,  Haji Abdul Aziz Shafiee (gambar) bertekad akan mendedahkan siapa sebenarnya calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr.Mazlan Ismail.

Sewaktu dirinya sebagai Setiausaha PAS Negeri,  Dr . Mazlan merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya,  banyak cerita yang boleh dikongsikan dengan masyarakat tentang Dr. Mazlan kerana pendedahan itu pastinya mencemaskan kedudukannya sebagai calon yang kononnya mahu menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas ini katanya,  beliau sendiri akan naik pentas PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Permatang Pauh sebagai siri penjelasan wajah sebenar Dr. Mazlan Ismail. 

"Selepas pengisytiharan nama calon BN saya rasa syukur kerana akhirnya Dr. Mazlan masuk Umno. Kemasukan beliau tidak mencemaskan PAS terutamanya tetapi merupakan titik permulaan kekecohan dalaman Umno," terangnya. 

Menurut Aziz, beliau tahu, banyak rakan taulan Mazlan masih dalam PAS namun beliau yakin mereka tidak termakan dakyah palsu yang dipelajari dari Umno itu.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: