17 April 2013

Calon BN Dun Manjoi nafi dakwaan beliau anggota Pas

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


IPOH - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed hari ini menafikan dakwaan Pas bahawa beliau adalah anggota parti itu.

Calon muka baru yang berumur 38 tahun itu menganggap dakwaan Pas itu sebagai satu provokasi.
 
Bendahari Umno bahagian Tambun itu berkata beliau menyertai Umno kira-kira 10 tahun lepas.

"Saya tidak pernah percaya kepada perjuangan Pas. Saya yakin dengan perjuangan BN," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohamad Ziad mengulas dakwaan Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss bahawa beliau adalah anggota Pas.

Raja Iskandar dalam sidang media hari ini berkata menurut rekod, Ziad mendaftar sebagai anggota PAS pada tahun 1997 dan keanggotaannya dalam parti gugur secara automatik setelah dinamakan sebagai calon BN semalam.  

Mohamad Ziad adalah antara 40 calon muka baru pilihan raya umum ke-13 di Perak yang diumumkan oleh Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Bernama

2 ulasan:

[O] X berkata...

Ya! jangan pakai tuduh saja.Tunjukkan rekod. Tunjukkan Borang kemasukannya. Atau kalau ada borang tandatangannya mungkin palsu?

Tanpa Nama berkata...

ZIAD DATO ZAINAL UBAN TELAH MENJUAL BERATUS RATUS EKAR TANAH BERCHAM SELEPAS 2003 DAN MENDAPAT 200 JUTA SAHAM YTL RUMAH DI LONDON DI CHELSEA KENSINGTON DAN OFF MARYLBONE ROAD SEMUA NILAI BERJUTAAN POUND> SEKARANG ZIAD DATO MOHD ZAINAL MENCARI TANAH TANH TERBIAR UNTUK TAUKE CINA YTL JANGGAN SAMPAI TERGADAI TANAH MELAYU DAN KERAJAAN NEGERI DI MANJOI SUDAH LAH