17 April 2013

Pemantau desak henti salah guna premis awam

6 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



KOTA BHARU: Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan mendesak parti-parti poltik agar tidak menyalahguna premis awam termasuk sekolah untuk kegiatan kempen politik sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Ketuanya, Mohamad Faizal Che Yusoff berkata, setiap pemimpin parti politik perlu menghentikan tindakan tersebut serta merta.

Sebelum ini pihaknya telah membuat laporan polis berhubung beberapa penyalahgunaan premis awam itu oleh parti politik tertentu dan mendesak pihak polis segera melakukan penyiasatan.

“Jika ianya dibiarkan, premis awam itu menjadi rosak, bahkan gagal berfungsi sewajarnya seperti diperuntukkan undang-undang.

Beliau yang juga pengamal undang-undang mendakwa mutakhir ini khususnya menjelang PRU-13 pihak Pemantau menerima maklumat dari orang awam bahawa terdapat  parti politik tertentu dengan kerjasama pihak sekolah di kawasan Jeli menggunakan sekolah bagi kegiatan politik.

Terbaru, parti politik tersebut didakwa mengadakan majlis pelancaran Tukar, iaitu sebuah NGO dinaungi Umno yang berkempen untuk menukar pemerintahan Islam Kelantan.

“Tindakan itu bertentangan dengan undang-undang, bahkan akan menyebabkan kepentingan awam terjejas," katanya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: