02 April 2013

DUN Sarawak bubar Isnin

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUCHING:  Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Memetik laporan Malaysiakini.com, Taib berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri  Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa 60 hari menurut undang-undang pilihan raya. Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula dijangka akan menetapkan tarikh penamaan calon dalam masa terdekat.

Kesemua 71 kerusi dijangka akan ditandingi, dengan parti-parti pembangkang, iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), dan Kongres Dayak Malaysia (MDC), menunjukkan kesediaan bertanding di kawasan pilihan raya yang strategik.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006, BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk KEADILAN dan bebas.

Pembangkang dilihat berada dalam keadaan yang lebih selesa untuk menghadapi BN pada pilihanraya negeri ini, selepas 3 tahun tercetusnya tsunami politik di semenanjung.

Ini kerana pelbagai isu yang berlingkar di bawah pentadbiran Taib Mahmud seperti isu tanah adat, kemiskinan, rasuah dan kekayaan yang dibolot Taib dan keluarganya, akan menjadi faktor beralihnya sokongan rakyat Sarawak terhadap BN.

sinar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak dah buat 2011. Taib Mahmud boleh kekal memerintah sehingga 2016. Apa strategi BN benar Sarawak bubar DUN ni.