02 April 2013

Peniaga maut ditembak 7 kali

21 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


GEORGETOWN -  Seorang peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan yang dilepas lelaki tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak dekat  sini pada 4.40 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata,ketika kejadian, mangsa, S.Arumugam, 48, dari Changkat  Minden, Sungai Gelugor sedang memandu kereta jenis Hyundai Matrix dengan ditemani seorang rakan.

"Ketika sampai di persimpangan jalan, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang memakai topi keledar penuh dan seorang  daripada mereka telah melepaskan tempakan dan terkena bahagian badan serta kepala mangsa.

"Rakan mangsa yang turut berada dalam kereta ketika tembakan dilepaskan berjaya melarikan diri, dan sepasukan anggota polis  telah diarah untuk mengesan suspek dan rakan mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mazlan berkata, mangsa, yang memiliki rekod jenayah lampau, mati di tempat kejadian dan motif masih disiasat.

"Berdasarkan maklumat daripada pasport mangsa yang ditemui, didapati mangsa baru balik dari sempadan di utara," katanya sambil  menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Tiada ulasan: