13 April 2013

Khianat: Kereta petugas PAS Batu Sapi dicalar

2 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



SANDAKAN: Kereta seorang petugas PAS Kawasan Batu Sapi di sini dicalar dengan teruk dipercayai angkara khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang bermesyuarat bersama-sama petugas PAS yang lain di Bilik Gerakan PAS di Batu Sapi pada malam Rabu lalu.

Mangsa hanya menyedari perkara itu sebaik sahaja mendekati keretanya selepas selesai mesyuarat tersebut.

Kereta pacuan empat roda jenis Toyota itu tercalar teruk dibahagian cermin sisi, pintu hadapan sebelah kiri dan bahagian belakang.

Dari cara calar tersebut, ianya dipercayai angkara khianat dan bermotif jahat.

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sandakan. 

Ekoran kejadian itu juga, PAS Kawasan Batu Sapi mengambil langkah meningkatkan kawalan keselamatan menjelang hari penamaan calon dan pembuangan undi.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: