15 April 2013

Ops Daulat diteruskan bagi memastikan FELDA Sahabat benar-benar pulih: Zulkifeli

4 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


LAHAD DATU: Ops Daulat akan diteruskan bagi memastikan keamanan di gugusan FELDA Sahabat benar-benar pulih, sebelum operasi itu diserahkan kepada pusat pemerintahan Kawalan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata proses penyerahan tugas kawalan di kawasan timur Sabah kepada ESSCOM akan mengambil masa kerana organisasi itu masih di peringkat pembentukan dan belum beroperasi sepenuhnya. 

"Ops Daulat masih berjalan dengan temponya sudah berkurangan, namun keperluan operasi itu menjalankan kerja pengawasan dan kawalan masih berterusan sehingga keamanan benar-benar pulih. 


"Sampai masa Ops Daulat ditamatkan nanti, satu perbarisan khas sebagai simbolik penyerahan tugas kawalan secara rasmi kepada ESSCOM akan diadakan," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Berita Harian/-

Tiada ulasan: