11 April 2013

Tangki najis meletup

Foto30 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Alor Gajah: “Mak... tolong, muka Wan panas,” rintih Zakuan Syahmi Zaili, 10, yang melecur teruk di muka dan sebahagian badan selepas terkena letupan ‘bom karbaid’ daripada tangki najis di tepi rumahnya di Taman Maju Jaya, Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, mangsa tercampak sejauh beberapa meter dan menggelupur kesakitan di atas tanah berikutan kecederaan parah di muka dan badan.

Kejadian berlaku ketika murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Laksamana itu bersama ibunya, Surani Jayali, 48, membersihkan tangki najis di tepi rumah mereka.

Surani yang turut cedera di muka berkata, sebelum kejadian mereka dua beranak bercadang menghapuskan jentik-jentik yang membiak dalam tangki najis berkenaan dengan meletakkan beberapa ketulan karbaid ke dalamnya.

SURANI yang turut cedera di muka melihat kecederaan dialami Zakuan yang melecur keseluruhan wajah dan sebahagian badan.

“Anak saya mengadu ada banyak nyamuk di sekitar rumah, jadi kami cuba membakar tempat pembiakan jentik-jentik di dalam tangki najis itu.

metro/-

Tiada ulasan: