11 April 2013

Gempa bumi 5.5 magnitud gegar Honduras

30  Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


TEGUCIGALPA: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan ibu negara Honduras, Tegucigalpa menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan walaupun tiada laporan mengenai kerosakan di negara berkenaan, awal pagi tadi. 


Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 160 kilometer utara Tegucigalpa, tujuh kilometer dari utara bandar San Juan Pueblo. 


Jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata, tiada laporan berkaitan kerosakan akibat kejadian berkenaan. - Reuters. 

Tiada ulasan: