22 Jun 2013

Husam ditahan mengikut Akta Hasutan

13 Syaaban 1434 H. [MOD] -

  • Naib presiden PAS Husam Musa dipetik dari laporan portal Malaysiakini dipetik sebagai berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. 


    Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

    Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily, yang menganjurkan kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.

    Dalam kenyataan yang disiarkan Isnin lalu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.


    "Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

    "Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

    "Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Tiada ulasan: