5.50pm: Padang Merbok - Sebanyak 30 buah khemah telah didirikan di atas Padang Merbok.
Jurucakap SMM, Ehsan berkata, mereka menjangkakan seramai 100 orang yang akan berkhemah pada hari ini.
Pada ketika ini juga orang ramai mula bersurai dari Padang Merbok.
5.30pm: Padang Merbok - Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu para peserta bahawa beliau tidak berkunjung ke Indonesia untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, beliau juga memberitahu presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berhubung alasan Pakatan menolak keputusan pilihan raya.
"Saya jelaskan bahawa kami mendapat majoriti undi dan beliau faham," katanya.
Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada pasukan polis kerana membantu perhimpunan hari ini dan tidak mengadakan sekatan.
5.10pm: Padang Merbok - Salahudin Ayub berkata walaupun beliau kalah dalam pilihan raya, tetapi beliau telah berjanji akan teruskan perjuangan 'Black 505'.
"Saya tak akan lari dan berundur, selagi BN tidak undur dan tersungkur dari bumi Malaysia.
"Kawan Tiong chua kata, kalau saya tak menang pilihan raya boleh pergi Hong Kong, boleh berlakon filem sebab muka saya macam Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya,
"Saya di sini untuk tumbangkan mereka tak lama lagi. Kita perlu berjuang hari ini, esok, bulan depan, selagi tak selesai.Kita berjuang atas nama kebenaran," katanya.
Dalam ucapan sebelum itu, aktivis mahasiswa Adam Ali merayu rakyat supaya keluar daripada zon selesa dan merayu supaya pertahankan Dataran Merbok sehingga kepimpinan SPR letak jawatan.
"Mahu seluruh turun ke Dataran Merbok perlu pertahan, jangan dirampas kembali kepada kuasa yang angkuh.
"Jangan sia-sia perjuangan ini. Nak menang perlu perjuang terlebih dahulu. Kita datang untuk menang bukan untuk pulang. Kita akan robek kekuasaan BN," katanya.
4.50pm: Padang Merbok - Aktivis Hishamuddin Rais dalam ucapannya berkata beliau sering berpendapat bahawa usaha untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya adalah jalan yang mustahil.

"Saya sering katakan, mustahil.
"(Caranya) Jalan raya, jalan raya," katanya berulang kali.
Beliau memberi amaran bahawa golongan anak muda akan terus berkhemah di Padang Merbok sekiranya pemimpin SPR tidak meletak jawatan pada hari Isnin.
4.40pm: Padang Merbok - Dua orang pegawai penguatkuasa DBKL tiba ke kawasan khemah yang didirikan dan meminta para peserta untuk merobohkan struktur tersebut.
Seramai 20 orang peserta yang tidak berpuas hati dengan amaran itu kemudiannya mengerumuni dan mengasak pegawai tersebut.
Salah seorang daripada pegawai tersebut kemudiannya beredar dari kawasan tersebut.
Namun rakannya membalas asakan para peserta dan menolak salah seorang dari anggota kumpulan terbabit sehingga individu tersebut terjatuh.
Susulan itu, pegawai terbabit terpaksa diiring oleh sekumpulan kira-kira 10 orang pegawai DBKL lain serta unit amal PAS sehingga ke satu van milik DBKL.
Van tersebut kemudiannya dikerumun oleh sekumpulan 50 orang lagi peserta himpunan yang kelihatan marah dengan tindakan pegawai tersebut sebelum itu.
Pegawai tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan satu kenderaan lain, dengan iringan polis

Tiada ulasan:
Catat Ulasan