Malaysiakini/-
- Walau berdepan kesulitan dan amaran keras pihak berkuasa, Pakatan Rakyat meneruskan acara kemuncak perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.
- Kumpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
- Kumpulan perserta berkenaan dijadualkan berhimpun di tujuh lokasi utama yang ditetapkan dan akan berarak dari lokasi masing-masing ke padang itu - sebagai tanda bantahan mereka terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
Tujuh lokasi tersebut adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.Wakil parti politik dan NGO akan mengetuai peserta perhimpunan yang bakal memenuhi padang tersebut petang ini.Penganjur berkali-kali menegaskan bahawa perhimpunan hari ini akan berlangsung dengan aman, walau polismendakwa peserta akan menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa dan mencetuskan huru-hara.Kumpulan peserta ini membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.Cuaca di Kuala Lumpur hari ini cerah, namun sedikit berjerebu.LAPORAN LANGSUNG1030am: Laluan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dihalang oleh penghadang besi yang dipassang oleh petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pasukan polis pula dilihat meletakkan kon di sepanjang Jalan Parlimen untuk menghalang pemandu meletakkan kenderaan di jalan berkenaan.
Anggota polis dan penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di Jalan Parlimen.10.00am: Kira-kira 80 penyokong peserta Black 505 berada di perkarangan pejabat PAS untuk bersama kepimpinan PAS, yang akan berarak ke Padang Merbok.
Mereka merupakan antara yang tiba dengan dua buah bas dari Alor Setar, pada pagi ini di pejabat parti berkenaan.
Antaranya, Abdullah Abdul Rahman, 42, bekerja swasta yang berkata beliau cukup bersemangat untuk menyertai perhimpunan hari ini.
"Kita desak habis-habis untuk kepimpinan SPR letak jawatan. Kalau tidak sampai kiamat macam ni (tak ada perubahan)," katanya yang berasal dari Alor Setar.Kumpulan peserta berkenaan dibekalkan dengan air minuman, yang disediakan di hadapan bangunan pejabat parti tersebut.Selain itu, terdapat juga individu yang mengambil kesempatan untuk menjual baju-T dengan slogan 'Black 505' di kawasan berhampiran ibu pejabat PAS.Pergerakan lalu lintas dilihat lancar, tanpa sebarang sekatan di sepanjang jalan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan