Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini. 

Setakat ini tiada laporan mengenai nasib penumpang bas persiaran terbabit.

Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.

Katanya, anggota balai bomba tersebut berggegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut.

Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.

AP pula memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.

Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.