21 Ogos 2013

3 maut tembak menembak dalam restoran di Jerman

14 Syawal 1434 H. [MOD] -

BERLIN: Seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah restoran di pekan kecil di barat daya Jerman, hari ini, menyebabkan dua maut sebelum penyerang membunuh diri. 


Polis Heidelberg berkaa, sebelum itu penyerang mengadakan perjumpaan dengan pemilik hartanah di restoran di pekan Dossenheim, sebelum berlaku pertengkaran di antara ketiga-tiga.


“Morif kejadian sebenar belum diketahui dan mengapa kejadian itu berlaku masih kabur," kata jurucakap polis. 


Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu jam 7 petang dan ketika kejadian itu lebih 20 orang berada di dalam restoran berkenaan. 

Menurut siasatan awal polis, dalam pertemuan itu, penyerang dikatakan disingkir daripada meneruskan perbincangan dan beliau dikatakan kembali semula bersama senjata api dan melepaskan tembakan. 

Kejadian itu juga menyebabkan lima pelanggan di restoran berkenaan cedera, termasuk cedera parah. - AFP 

Tiada ulasan: