02 September 2013

Tiga Kumpulan Kongsi Gelap Berdaftar Dengan ROS

26 Syawal 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan tiga daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu merupakan pertubuhan yang sah dan pernah berdaftar dengan ROS.

Bagaimanapun Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman enggan mengumumkan nama kumpulan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya perlu menyemak status sebenar kumpulan dengan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman mengenai kumpulan berkenaan.
"Apa yang boleh saya katakan ada tiga yang berdaftar dengan kita (ROS). Dua kumpulan dari Sabah sementara satu lagi, dari Semenanjung Malaysia.
"Sekiranya benar kumpulan ini disahkan sebagai kumpulan kongsi gelap, mengikut undang-undang pendaftaran mereka akan terbatal secara automatik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 20 parti politik yang telah diluluskan oleh ROS di ibu pejabatnya di sini, Isnin.
Khamis lalu, KDN mengumumkan kira-kira 40,313 individu dikenalpasti sebagai ahli kumpulan 49 pertubuhan haram yang terdiri daripada kumpulan kongsi gelap.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dilaporkan berkata, antara aktviti utama kebanyakan pertubuhan itu (walaupun bukan semua) ialah pengedaran dadah, peras ugut dan membunuh menggunakan senjata api serta menimbulkan huru hara di tempat awam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan rakyat dah merasa sengsara dgn stu kumpulan genster yg berdaftar iaitu pekida. Memang kerja2 pekida adalah kongsi gelap memeras ugut merompak membelasah orang bahkan memukul dgn kejam . Memang pekida tak ada hati perut yerlalu kejam dan ganas. Hapuskan je lah pekida ini. Tolonglah rakyat yg selalu diancam pekida ini.cubalah tanya orang2 siapa pekoda ini tentu mereka akan cakap pekida adalah henster melayu yg amat kejam dan jahat.