24 Oktober 2013

Apple perkenalkan iPad Air

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Apple perkenalkan iPad AirTIM Cook melancarkan iPad Air di San Francisco, California, hari ini. - Foto AP

SAN FRANCISCO: Apple Inc melancarkan produk tablet terbarunya yang dipertingkatkan kemampuannya dikenali iPad Air bagi mengungguli pasaran tablet global ketika ini. 

Menyamai reka bentuk iPad mini tetapi dipertingkat cirinya Versi 43 peratus lebih nipis itu turut dibangunkan dengan berat 450 gram. 

Bagi iPad Air, ia dilengkapi dengan paparan retina selain didatangkan bersama dengan sistem perkomputeran lebih pantas dan paparan grafik lebih bertenaga. 


“Dalam situasi pasaran semasa, semua pihak dilihat mengeluarkan produk tablet. Malah, pihak yang meragui pasaran tablet sebelum ini turut mengeluarkannya. 

“Bagaimanapun, dengan angka jualan terbaru yang dicatatkan ketika ini, iPad difahamkan banyak digunakan berbanding yang lain dan bukan saja pada jumlah yang sedikit, tetapi jumlah yang banyak,” kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook di sini, hari ini. - AFP 

Tiada ulasan: