28 Oktober 2013

JPN diarah buat pengesahkan segera MyKad pengawal keselamatan, tindakan tepat.

23 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Tindakan dan arahan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing adalah satu tindakan yang perlu disokong oleh semua pihak.

Selagi semua pengawal keselamatan tidak ditapis dan mendapat pengesahan semula berarti semua pelanggan bank dan syarikat lain yang menggunakan khidmat pasukan keselamatan terdedah dengan resiko keselamatam seperti yang berlaku kepada seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral rabu lepas.

Sebenarnya banyak pihak meragui meragui syarat sebenar yang ditetapkan untuk mengambil pengawal keselamatan termasuklah syarat yang dikenakan kepada pengawal yang dibenarkan menggunakan senjata.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengesahan akan dilakukan melalui sistem biometrik dan akan dilakukan dengan segera. 


"Kita juga sedang teliti syarikat kawalan keselamatan yang sudah diberi lesen supaya dikategorikan dengan A, B dan C. 


"Mana-mana syarikat yang menjual atau menggunakan lesen yang diluluskan untuk tujuan selain apa yang sudah ditentukan dalam syarat lesen akan ditarik balik," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othman Hassan, di Putrajaya, hari ini .

Tiada ulasan: