25 Oktober 2013

Pakatan Rakyat Akan Adakan Perhimpuna​n Aman Bantah GST - Azmin


20 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Menurut beliau, ia merupakan satu usaha untuk memperjuangkan suara 52 peratus rakyat Malaysia yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

"Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membincangkan pendekatan bantahan terhadap GST.
"Selain berhujah di Dewan Rakyat, pendekatan lain dalam membantah pelaksanaan itu akan diadakan termasuk mengadakan perhimpunan aman atau cara lain yang mampu untuk mencapai objektif,” katanya.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan penerangan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah mengenai impak pelaksanaan GST dalam kehidupan mereka.
"Jika ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) ada sikap mementingkan nasib golongan bawahan, mereka pasti akan menolak GST,” katanya.
Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke, turut bersetuju dengan tindakan Azmin membantah perlaksanaan membantah GST bagi memperjuangkan nasib rakyat.
"DAP bersama Pakatan Rakyat akan bantah GST, kita akan putuskan bersama,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Marang (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan intipati pembentangan Belanjawan 2014 sebagai tidak mengambil kira kepentingan rakyat.
"Perkara yang ditekankan hanyalah kewangan untuk kerajaan yang tidak seimbang antara kenaikan cukai dan pendaparan untuk menangani masalah inflasi," katanya.
Selepas berteka-teki mengenai GST selama ini, kerajaan akhirnya memutuskan akan melaksanakan sistem cukai itu berkuatkuasa pada 1 April 2015.
mStar/-

Tiada ulasan: