HANOI: Lebih 600,000 orang dipindahkan susulan Taufan Haiyan mula menghampiri Vietnam, kata pihak berkuasa tempatan, selepas taufan terkuat di dunia itu mengorbankan ribuan nyawa dan menyebabkan kemusnahan teruk di Filipina.
"Kami sudah memindahkan lebih 600,000 orang," demikian menurut laporan rasmi Jabatan Kawalan Ribut dan Banjir Vietnam, hari ini.
Taufan berkenaan dijangka akan menyerang Vietnam pagi esok dan menyebabkan pemindahan besar-besaran di wilayah utara Nghe An, kira-kira 230 kilometer dari Hanoi. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan