Jabatan Agama Islam Perak
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا
وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ
يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ
اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَى قَوْمٍ
بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
(الأنفال:72)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah,
dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada
orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan
pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah,
maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga
mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara
(menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali
terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan
(ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.
أَشْهَدُ
أَنْ لآإِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Wahai
hamba-hamba Allah sekelian!
Marilah
kita bersama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita
mati melainkan dalam keadaan Islam. Marilah kita berhijrah daripada kehidupan
yang hanya mementingkan dunia dan kepentingannya, kepada kehidupan yang penuh
dengan iman dan taqwa, yang hanya akan memenangkan Islam berbanding dunia dan
seisinya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Hijrah Rasulullah saw
dari Mekah ke Madinah bukan sahaja perlu dilihat dari sudut dan bentuk penghijrahan
peribadi tetapi yang lebih besar dari itu adalah penghijrahan tanahair baginda dari
sebuah negara pimpinan golongan bangsawan yang berpaksikan sistem keadilan
sejagat semata-mata kepada sebuah negara Islam yang dipimpin oleh seorang nabi
yang hanya menurut ketentuan Allah dan rasulnya.
Negara Mekah bukan tidak memiliki undang-undang yang mampu mengawal
keamanan masyarakat malah mereka amat menjaga keadilan mengikut peraturan yang
mereka bina sendiri. Mereka mengikat Perjanjian Fudhul yang melibatkan para
pembesar Mekah yang berkumpul
di kediaman Abdullah bin Jad’an al-Taiyimi. Kesemua mereka bersetuju dan
berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak
terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya. Rasulullah saw
yang turut serta dalam perjanjian tersebut sebelum dilantik menjadi rasul telah
memuji, dengan sabdanya:
Aku telah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullah
bin al-Jad’an. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku
kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya
aku beri persetujuan segera.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Jika hanya sekadar
mencari kehidupan yang aman sejahtera, Rasulullah saw tidak perlu berhijrah ke
Madinah. Namun negara yang aman tetapi tidak dinaungi petunjuk Ilahi tidak
mencukupi untuk mendapatkan keredhaan tuhan. Inilah punca berhijrahnya
rasulullah saw untuk membina negara Islam yang meletakkan Islam di kedudukan
tertinggi. Islam mesti dinobatkan sebagai undang-undang tertinggi dan Umat
Islam mestilah memiliki keistimewaannya
yang tersendiri.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita sudah memiliki
negara yang meletakkan Islam sebagai agamanya. Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi merupakan Agama Persekutuan. Jika
dinisbahkan kepada individu maka agama negara ini adalah Islam. Maka akidahnya,
syariatnya, akhlaknya, undang-undang dan budayanya adalah Islam. Dalam masa
yang sama agama-agama lain masih bebas diamalkan oleh setiap penganutnya. Namun
begitu, penganut agama-agama lain tidak dibenarkan melakukan penyebaran apa-apa
kepercayaan atau ajaran agama mereka dikalangan orang Islam.
Sebagai Agama
Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan
di negara ini berbanding agama-agama lain. Namun jika kita gagal mengambil
manfaat daripada peruntukan sedia ada, maka tidak ada jaminan untuk Islam
menjadi cara hidup yang sempurna di negara ini. Jika umat Islam sendiri tidak berjihad
mempertahankan ketuanan Islam di negara ini, maka hijrah kita hanyalah seumpama
hijrah para sahabat ke Habsyah yang hanya bagi mendapatkan kebebasan
melaksanakan amalan keagamaan semata-mata.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Para Mufassirin
membahagikan para sahabat kepada 4 kelompok berdasarkan ayat yang dibacakan
tadi. Ada sahabat yang berhijrah sebelum
berlakunya Perang Badar serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada
jalan Allah. Ada sahabat yang terdiri dari golongan Ansar yang memberi tempat
kediaman dan pertolongan kepada orang-orang Islam yang berhijrah. Ada sahabat yang
belum berhijrah sehinggalah berlakunya Perjanjian Hudaibiah. Dan ada yang
berhijrah selepas berlakunya Perjanjian Hudaibiah. Allah mewajibkan bantuan diberikan kepada yang
berhijrah dan golongan yang meminta pertolongan daripada penindasan kuffar
melainkan jika adanya perjanjian antara orang kafir dan orang Islam. Dalam hal
ini, Islam tetap berpegang teguh dengan perjanjian walaupun zahirnya
seolah-olah merugikan Islam.
Di negara ini terdapat
berbagai sikap umat Islam terhadap Islam dan perjuangan memartabatkan Islam.
Sebahagian dari kita berjuang dan berjihad dalam berbagai bidang untuk
memartabatkan Islam, memenangkan Islam berbanding kepentingan lain dan sanggup
mati demi perjuangan Islam.
Sebahagian dari kita tidak mempunyai ilmu dan tidak berkemampuan untuk
berjuang dan berjihad, namun membantu perjuangan Islam samada secara
terang-terangan ataupun secara bersembunyi. Namun ada sebahagian lagi yang
hanya menangguk di air keruh, menunjukkan kegembiraan dengan kebangkitan Islam
jika memberikan manfaat kepadanya namun turut sama menekan pejuang Islam jika
Islam berada di bawah. Ada di antara kita sibuk mempersoalkan apa yang
mampu kita perolehi daripada Islam tanpa melihat kepada apa sumbangan kita
terhadap Islam.
Muslimin
Muslimat yang dirahmati Allah,
Kita
wajib mempertahankan ketuanan Islam yang masih ada dalam Negara demi memastikan
Islam sentiasa memimpin negara. Apa perlunya umat Islam sibuk mempertahankan hak
orang kafir menggunakan kalimah Allah sedangkan kita memandang ringan ancaman terhadap
aqidah umat Islam dari tindakan tersebut. Wajarkah kita menghentikan ibadat
qurban di sekolah-sekolah kerana menghormati penganut agama Hindu, sedangkan
mereka sewenang-wenangnya melakukan upacara keagamaan mereka di jalan-jalan
raya sehingga tanpa menghormati sesiapa. Apakah kita akan tunduk kepada
tuntutan golongan yang menyalahgunakan hak asasi manusia sehingga membiarkan
hubungan sejenis yang menjijikkan dan mengiktiraf golongan sesat seperti Syiah
sedangkan para sahabat menggunakan penguatkuasaan undang-undang dan kekuatan
ketenteraan bagi menghapuskan golongan sesat seperti mereka. Islam amat
menghormati hak agama lain tapi tidaklah sampai menjolok mata sehingga tidak
ada bezanya Negara yang kuasai dengan negara yang masih mereka jajahi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ
وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ.
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمُ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ
:
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ
مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ
الرَّازِقِينَ (الحج:58)
Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan
Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan
kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah
sebaik-baik pemberi limpah kurnia.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ
أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَماَّ بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ،
اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ
فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Sudah sekian lama kita merdeka dan
meraikan Maal Hijrah, apakah kita semakin menghampiri dan menuju ke arah Negara
Islam sebagaimana yang diasaskan oleh rasulullah saw di Madinatul Munawwarah.
Apakah cukup sekadar meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan sedangkan Umat Islam tidak sebebas penganut
agama lain dalam mengamalkan ibadat dan ajaran Islam sepenuhnya. Semua pihak
mesti berhijrah dengan memihak dan memenangkan Islam dalam apa sahaja yang
berkaitan dengan agama-agama lain. Jika para sahabat berhijrah meninggalkan
tanahair sehingga ada yang terbunuh, janganlah kita yang sudah berada di Negara
yang dikuasai oleh Umat Islam kembali meletakkan Islam setaraf dengan
agama-agama lain.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ
جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ
أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا
مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ
وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ
فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم
تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ
يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ
يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Disediakan oleh:
Kamal Izat Bin Ahmed
(Abu Izzah
at-Tualanji)
Penolong Pengarah,
Bahagian Pengurusan
Masjid,
Jabatan Agama Islam
Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan