08 November 2013

Kes Dera: KPWKM Tutup Taska Permata Harapan

4 Muharram 1435H. [MOD] -

SERDANG: Pusat jagaan kanak-kanak (taska) yang disiasat berhubung kes penderaan kanak-kanak ditutup dan disita kira-kira pukul 4 petang Khamis oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kata Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
"Kami sedang mencari pemilik taska tersebut dan kami telah menyita premis itu apabila menemui pemiliknya," katanya.

Rohani yang menziarahi kanak-kanak di wad pediatrik Hospital Serdang di sini ditanya mengenai siasatan ke atas Taska Permata Harapan di Taman Permai, Kuala Lumpur yang disiasat berhubung dakwaan penderaan kanak-kanak.
Pemilik taska tersebut, seorang wanita berusia 35 tahun dilaporkan telah menyerah diri kepada polis kira-kira pukul 10.30 pagi.
Rohani berkata, pada 2013, kira-kira 2,910 taska didaftarkan dibawah kementerian tersebut manakala 864 daripada jumlah itu berdaftar dengan kementerian ini buat pertama kalinya.
Beliau menasihatkan semua pengusaha taska untuk berdaftar bagi menjamin keselamatan kanak-kanak dibawah jagaan mereka.
"Kami boleh membimbing mereka sepanjang proses pendaftaran itu. Kami tahu apa yang diperlukan kerana ia dibawah bidang kuasa kami.
“Kesemua taska perlu didaftarkan supaya kita boleh memantau mereka memandangkan pemeriksaan mengejut dilakukan ke atas taska berdaftar kami, sekurang-kurangnya tiga kali setahun," kata Rohani.
mStar/-

Tiada ulasan: