Pelakon veteran dan pelawak terkenal Ahmad Busu, 60, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat Kuala Lumpur semalam akibat diserang penyakit angin ahmar.
Exco Seniman Malaysia Meary Chu Abdullah berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hospital berkenaan pada 7.05 malam.
"Kita juga akan memberi sumbangan berbentuk wang ringgit kepada balu dan anak Allahyarham untuk pengurusan jenazahnya," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Beliau berkata jenazah akan dibawa pulang di kediaman Allahyarham di Taman Seri Andalas dan dikebumi pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, Klang.
Ahmad, yang berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Allahyarham, yang dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu', memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada 1978.
Meary berkata Allahyarham semasa hayatnya, seorang yang baik hati, suka membuat lawak dan peramah.
Allahyarham mutakhir ini kerap hadir program-program ilmu dan juga program-program yang dianjur oleh PAS... Moga Allah merahmati Allahyarham. ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan