24 November 2013

Perwakilan terlepas pandang bahas akta zalim

20Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat terkilan apabila tidak ada seorang pun perwakilan yang membahaskan undang- undang rimba yang menzalimi rakyat.

Timbalannya Hanipa Maidin berkata ramai yang tidak sedar bahawa tiga undang-undang yang dibuat kerajaan seperti SOSMA, Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah.

"Udang-undang khususnya Akta Pencegahan Jenayah sebenarnya adalah undang-undang yang kembalikan roh ISA.

"Walaupun kerajaan telah memansuhkan ISA tetapi kembalikan roh ISA dalam udang-undang ini," katanya dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.

Tegasnya, para perwakilan yang gagal memahami apa itu dakwah sebenarnya menunjukkan mereka juga tidak faham kepada seruan dan ajakan.

"Dakwah paling mudah untuk kita fahami adalah seruan dan ajakan. Ahli-ahli Parlimen kita jalankan dakwah juga di parlimen di mana mereka membahaskan polisi dan dasar kerajaan yang menzalimi rakyat," katanya.

Bahkan katanya, dalam menyampaikan dakwah PAS janganlah terlalu memberi fokus kepada hudud sahaja. 

"Yang penting tonjol Islam dalam erti kata lebih luas. Syariat perlu kuasai ilmu Islam ini dan ilmu duniawi supaya orang tidak rasa Islam itu hanya hukum sahaja. Hukum sahaja tidak membantu kita dalam menerangkan Islam kepada orang bukan Islam," katanya.

Harakahdaily

Tiada ulasan: