14 Disember 2013

Bas rempuh kedai, pemandu, tiga penumpang cedera

10 Safar 1435H. [MOD] -
Seorang pemandu bas RapidKL dan tiga penumpang cedera apabila bas itu merempuh sebuah kedai menjual pam air dan alat jentera di Jalan Pudu lewat petang semalam.

    
Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Lim Jin Aun berkata pemandu bas itu yang dikenali sebagai Suprianto Sirat, 48, cedera di kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
    
Seorang penumpang lelaki dan dua penumpang wanita yang berumur antara 40-an dan 50-an pula hanya cedera ringan, katanya kepada Bernama malam tadi.
    
Beliau berkata Suprianto yang mempunyai pengalaman 16 tahun sebagai pemandu bas henti-henti, tidak mempunyai sebarang rekod kemalangan.
    
Ketika kejadian kira-kira 7 petang itu, bas itu dalam laluan Bukit Bintang menuju Taman Dagang, Ampang.  
    
"Kita akan bekerjasama dengan polis untuk mengenal pasti punca kemalangan," katanya.



- Bernama

Tiada ulasan: