29 Disember 2013

Gempa 6.0 magnitud landa Laut Mediterranean

25 Safar 1435H. [MOD] -

ANKARA: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Ritcher melanda Laut Mediterranean di wilayah Antalya dekat selatan Turki, lewat petang semalam. 

Gempa itu menyebabkan panik di kalangan penduduk namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan. 


Pusat seismologi Kandilli berpangkalan di Instanbul berkata, gempa itu berlaku pada jam 5.21 petang waktu tempatan dan berpusat kira-kira 84 kilometer di barat daya Alanya. 

Gegaran itu turut dirasai wilayah jiran, Mersin dan seluruh bahagian Pulau Cyprus. - AP

Tiada ulasan: