29 Disember 2013

PKR tuntut anak Rosmah disiasat isu kondo RM110j

25 Safar 1435H. [MOD] -



Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR.

"Dengan segala bukti ini - sangat jelas bahawa keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan mereka.

"Dari mana mereka mendapat wang dan pendapatan yang besar ini?" soal Naib Presiden PKR Tian Chua kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tian Chua yang juga anggota parlimen Batu berkata, berdasarkan standard pemerhatian negara-negara lain, hidup melebihi kemampuan akan mendorong siasatan badan pencegahan rasuah.

Laman pembocor maklumat Serawak Report semalam melaporkan, anak lelaki isteri perdana menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.
MK/-

Tiada ulasan: