12 Disember 2013

M'sia masih 'unggul' dengan wang haram

8 Safar 1435H. [MOD] -
Jenayah, rasuah dan pelarian cukai - berbilion ringgit wang haram daripada Malaysia, antara negara teratas dalam pelarian modal haram, terus berlaku.

Sejumlah RM173.84 bilion (AS$54.18 bilion) disalurkan daripada Malaysia pada 2011, menurut pemantau kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington dalam laporan tahunan terkininya yang mengesan pelarian modal.

Malaysia diletakkan di kedudukan nombor empat dalam laporan terkini GFI. 

Laporan tahun lalu meletakkannya di kedudukan kedua apabila hampir RM200 bilion wang haram disalur keluar dari Malaysia pada 2010.

Laporan sebelum ini meletakkan Malaysia di belakang China dalam pelarian wang haram global.

GFI masih belum memperoleh data untuk 2012 dan 2013. Bagaimanapun, ia akan dimasukkan dalam laporannya yang akan datang.

Untuk tahun 2010, Malaysia di belakang Rusia (AS$191.14 bilion), China (AS$151.35 bilion) dan India (AS$84.93 bilion).


Malaysiakini

Tiada ulasan: