12 Disember 2013

Peluntur cabut nyawa

8 Safar 1435H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Tertekan diancam isteri yang mahu melarikan diri bersama anak mereka, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai sanggup meminum cecair peluntur, antibiotik dan ubat penahan sakit sebelum disahkan mati, kelmarin.

Mangsa, Shanmugan Nathan dikatakan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan isterinya dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun. 

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit yang bekerja sebagai penghantar surat dikatakan tinggal bersendirian di rumah selepas isteri dan anak perempuannya ke rumah keluarga wanita itu di Puchong, dekat sini. 

“Mangsa dipercayai mengalami tekanan menyebabkan dia tekad mahu membunuh diri dengan meminum cecair peluntur, menelan ubat penahan sakit ubat selsema dan antibiotik.
“Selepas berbuat demikian, mangsa dikatakan pergi ke rumah seorang adiknya yang tinggal berhampiran. Adik mangsa yang melihat keadaannya seperti tidak sedarkan diri dan muntah segera membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan,” katanya.

Mymetro

Tiada ulasan: