20 Februari 2014

Kubu Arsenal rabak

20 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
BAYERN Munich kini berada di posisi petak utama untuk ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menumpaskan tuan rumah, Arsenal, 2-0, yang beraksi dengan 10 pemain, di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Ganding an Pep Guardiola membuka kesengsaraan Arsenal menerusi Toni Kroos yang kemudiannya ditambah jaringan kedua oleh Thomas Mueller pada minit ke-88. 

Biarpun begitu, Bayern tetap hampir dimamah gadingan tuan rumah tetapi peluang mendahului perlawanan disia-siakan oleh pemain tengah antarabangsa Jerman, Mesut Ozil, pada minit ke-11. 

Selepas pemain tengah bernilai £42.4 juta itu gagal, seluruh stadium agak sepi. Bayern kemudian mengambil kesempatan untuk kembali dalam rentak permainan sehinggalah pemain Bayer Munich, Arjen Robben, mengubah keadaan.
Nacho Monreal – yang masuk menggantikan Kieran Gibbs yang cedera – gagal menyekat pemain antarabangsa Belanda itu sehingga memaksa Szczesny menerpa ke arah Robben, yang kemudian membawa kepada sepakan penalti.

Tetapi, insiden buang padang penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny yang membawa kepada sepakan penalti membuka ruang kepada Bayern untuk menguasai perlawanan. 

Bayern dijangka tiada halangan untuk menamatkan kempen peringkat kumpulan 16 untuk ke pusingan pada 16 Mac ini, tapi Arsenal - pernah menang 2-0 di Munich di kejohanan sama musim lalu - perlu melakukan sesuatu untuk kekal dalam saingan. 

Wenger, yang jelas tersilap dalam percaturan apabila mengejutkan ramai dengan meletakkan penyerang antarabangsa Perancis, Yaya Sanogo menggantikan Olivier Giroud, dilihat menyalahkan diri sendiri berikutan gagal memulakan kempen yang penting dengan berkesan.
Mymetro

Tiada ulasan: