24 Februari 2014

Travelog Idham lim (2)

24 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

2.kenangan lama2...satu masa saya naik bisul besar di sekitar ari2 dekat pinggang..tinggal bersama kakak di banggol telipot pasir putih semasa masih merahsiakan memeluk islam sbb utk elakkan gangguan hadapi peperiksaan stpm tahun 1985...selepas sudah ada sedikit ilmu ttg sembahyang teringat saya sbhg dlm keadaan simpulan kain dibawah pusat utk elakkan terkena bisul..itulah nikmat awal sembahyang secara curi2 dalam bilik di tingkat atas rumah kedai kakak yg belum Islam spai sekarang.tentunya tidak sah bagi yg telah berilmu...alhamdulillah berjaya sya rahsiakan dari keluarga sehingga habis peperiksaan stpm..awal januari saya tel abang sulung bahawa saya telah masuk Islam..dan saya berada ditempat rahsia untuk mengelak dari gangguan keluarga....

3.kenangan lama2...selepas maklumkan kpd keluarga telah masuk Islam. saya cuba di cari oleh keluarga..mereka antaranya ke rumah sebuah keluarga Islam yang mereka tahu saya ada hubungan rapat dgn anak nya semasa di sekolah ikm machang..anggapan keluarga , saya telah kawin dengan orang melayu..itulah sebabnya bagi mereka saya masuk islam .....selepas mendaftar dengan pej agama di machang saya melalui kursus yang dikelolakan oleh majlis agama kelantan.(maik)alhamdulillah semua siri kursus yang perlu saya ikuti semuanya dipenuhi atas anjuran perkim machang..kali pertama di pejabat maik lama berdekatan dengan mesjid muhammadi saya disoal dengan beberapa soalan dan dibekalkan dengan satu set buku fardhu ain...kata pegawai agama yang saya sudah lupa namanya "balik baca bagi ingat dan mari semula untuk disoal..kalau puas hati baru maik keluar kad sah memeluk Islam"......

4. Kenangan dulu2....Selepas pagawai agama di MAIK berpuas hati dengan kemampuan saya menjawab soalan yang dikemukakan dalamssesi terakhir pertemuan, lalu saya diberikan kad keterangan ini sebagai dokumen penting untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara.

Semasa saya ditanya mengenai nama Islam pilihan saya mencadangkan dengan nama Khalil Idham. Pegawai berkenaan mengatakan peraturan semasa pada masa itu seorang yang ingin menukar namanya mestilah mengekalkan sedikit nama asalnya, lalu saya memilih nama keluarga "Lim" sebagai nama pelengkap kepada Khalil Idham. Semasa itu saya kurang ilmu tentang hukum mengubah nama asal kepada nama baru. Dengan maksud kalau saya tahu seperti sekarang saya tidak akan menukar sedikit pun nama asal saya, cuma yang ditukar dari agama Buddha kepada Islam sahaja.

Saya masih ingat apa yang diperkatakan oleh pegawai tersebut bahawa ada orang yang masuk Islam bila tidak ada langsung pengenalan pada namanya ia berbangsa lain lalu disalah gunakan untuk tujuan mengambil hak orang melayu. Yang saya faham mungkin untuk membeli tanah dan sebagainya.

Namun semasa saya di JPN untuk menukar nama saya ingat bagaimana saya ditawarkan untuk menukar bangsa kepada Melayu. Apa yang saya perkatakan ialah saya masuk Islam bukannya masuk Melayu. Begitu juga dengan status semua anak saya sekarang semuanya saya kekalkan status mereka tercatat berketurunan cina dalam surat beranak masing-masing...

Tiada ulasan: