Telefon pintar dari China kebiasaannya bukanlah telefon pilihan namun teknologi mereka kini semakin meningkat. Kini banyak telefon pintar dari China mampu menyaingi telefon pintar utama yang lain.
Terbaru, telefon pintar Eton Thundergod melalui peningkatan dengan mampu bertahan selama 46 hari dalam mod bersedia dan mampu digunakan tanpa perlu kerap dicaj.
Ramai yang sangsi kerana telefon ini memiliki ukuran yang nipis, hanya 9 milimeter, namun mampu memberikan kuasa bateri yang tinggi.
Eton Thundergod dilengkapi bateri berkapasiti 5000 mAh. Bateri berkenaan menawarkan kemampuan mod bersedia hingga 1100 jam atau sekitar 46 hari.
Selain itu, teknologi bateri itu juga mampu bertahan selama 55 jam dan 21 jam jika digunakan untuk internet di masing-masing jaringan 2G dan 3G.
Dari segi prestasi, Eton Thundergod ini juga menawarkan kualiti yang bagus seperti prosesor octa core MT6592 dengan pilihan kelajuan 1.7GHz serta 2.0GHz selain terdapat RAM sebesar 2 GB yang ditunjangi OS Android Jelly Bean 4.2. (BH)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan