KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) akan mengerahkan 50,000 anak muda untuk turun himpunan pada 1 Mei, Khamis ini.
Setiausahanya Mohd Nasai Ismail berkata mobilisasi kearah itu sedang giat dijalankan melalui kempen penerangan berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak Disember tahun lalu.
Mereka juga katanya, telah menggiatkan edaran risalah, ceramah penerangan, kempen, taklimat selain menggunakan sepenuhnya media sosial bagi memberi kefahaman sebenar mengenai isu ini.
"Ternyata sejak itu semakin ramai yang mengerti dan menyatakan kesediaan untuk hadir dalam himpunan itu nanti.
"Tidak kurang 50,000 pemuda PAS seluruh negara akan hadir dengan berpakaian bertemakan warna merah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu beliau berkata, Jabatan Amal Malaysia akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam.
"PPM memberi jaminan meskipun kehadiran anak muda yang besar jumlahnya, himpunan ini akan dijayakan dengan aman.
"PPM dengan bantuan tenaga AMAL dan Pemuda PAS memastikan tindakan provokasi, ganas, liar dan keterlaluan akan dielakkan.
"Sebaliknya, peserta himpunan akan mematuhi arahan pemimpin himpunan dan bersurai dengan aman sebaik ia selesai dijayakan," tegasnya.
Sehubungan itu beliau menyeru anak-anak muda hadir dalam Himpunan GST itu pada 1 Mei ini.
Kehadiran anak-anak muda dalam himpunan ini katanya, amat bermakna dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan cukai tersebut yang menjerut leher rakyat khususnya golongan muda.
GST adalah beban terbaharu yang akan dipikul bersama oleh seluruh lapisan rakyat.
Ianya bakal menyebabkan semakin ramai miskin tegar muncul serta jurang yang melebar antara golongan miskin dengan golongan kaya hasil dari pelaksanaan cukai ini nanti.
Golongan muda akan lebih merasainya kerana mereka sudah sedia terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan