29 April 2014

Korban nahas kereta api Congo lebih 100 orang - Palang Merah

29 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

LUBUMBASHI, Congo: Antara 100 dan 200 mangsa nahas kereta api Selasa lalu di Congo dikebumikan dalam kubur besar selepas kejadian itu, menurut Palang Merah Congo, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap angka korban rasmi 74 orang.

Ramai mangsa terperangkap selama beberapa hari dalam gerabak keretapi barang itu yang sarat dengan penumpang haram apabila ia tergelincir di kawasan berpaya di pedalaman negara itu. 


“Kami tiada pilihan kecuali mengebumikan mereka dalam kubur besar. Kami menggali sekurang-kurangnya tujuh lubang dan dalam setiap lubang antara 15 hingga 30 mayat," kata ketua Palang Merah tempatan, Bondo Mitonga. 


Laporannya itu selari dengan kenyataan aktivis hak asasi manusia, Timothee Mbuya yang berkata "setakat ini sekurang-kurangnya 100 mayat sudah dikeluarkan dari gerabak kereta api terbabit dan dikebumikan kerana tiada rumah mayat".

Bagaimanapun, kerajaan tetap dengan kenyataan kelmarin bahawa 74 orang terkorban manakala 163 lagi cedera dalam nahas itu. - AFP

Tiada ulasan: