16 Jun 2021

Kuih Angku @ Kura-Kura Merah Tradisi Masyarakat Cina

KUIH
 "Angku" bermaksud kura-kura merah dalam baha Hokkien merupakan salah satu kuih-muih tradisional masyarakat  Cina di negara kita.

Pada zaman dahulu kala, ia dikenali sebagai kuih kura-kura merah lantaran rupa bentuknya seakan-akan menyerupai haiwan berkenaan yang sedang berehat.

Pengalaman bersama keluarga, warna kegemaran dan yang lazim digunakan ialah merah dan jarang menggunakan warna lain. Biasanya kuih ini adalah salah satu dari kuih yang dihidangkan semasa Hari raya Cina dan dalam upacara menyembah dewa dalam tradisi masyarakat Cina di Kelantan. 

Selepas memeluk Islam saya peranah mengembalikan nostalgia silam dengan membeli acuan dan membuat kuih ini dengan berintikan kacang dan diadih-agihkan kepada jiran sempena Hari Raya Cina.

selepas memalalui beberapa zaman, memang sekarang kuih ini telah dibuat dengan berbagai warna untuk menarik pembelinya.

Begitu juga acuannya, kalau dulu biasanya dibuat dari kayu namun sekarang dibuat dengan plastik.

Berikut ini saya berkongsi resipi Kuih Angku oleh Siti Nabilah Mahmud yang berasal dari Bintul Sarawak.

Bahan-bahan

  • 200 gram tepung pulut
  • 200 gram kentang
  • 40 gram gula pasir
  • 80 gram air panas
  • 50 gram minyak masak
  • Pewarna
  • Daun pisang
  • Inti kacang

Cara penyediaan:

  1. Kukus kentang sehingga lembut, kemudian dilenyek sehingga lumat.
  2. Seterusnya, masukkan tepung bersama kentang ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati sambil dimasukkan sedikit demi sedikit air panas.
  3. Masukkan gula dan pewarna ke dalam adunan.
  4. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
  5. Ambil adunan dan leperkan lalu diletakkan inti ditengah-tengahnya (digentel sehingga menjadi bulat).
  6. Seterusnya, tekan ke dalam acuan angku lalu sisipkan bahagian tepi untuk memudahkannya keluar dari acuan.
  7. Alaskan dengan daun pisang dan susun di dalam pengukus.
  8. Tunggu air mendidih, kemudian letakkannya di dalam periuk pengukus.
  9. Kuih angku dikukus selama 10 minit dengan menggunakan api sederhana kecil sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba....




Tiada ulasan: