16 Jun 2021

Masjid Kowloon Hong Kong

Masjid Kowloon merupakan masjid yang paling terkenal di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, China. Masjid itu dibina oleh tentera India yang beragama Islam yang ditempatkan oleh Britain di Hong Kong pada tahun 1896. Pada tahun 1980, masjid itu dibina semula dengan sumbangan pelbagai persatuan dan tokoh Islam di Hong Kong serta bantuan dunia Islam di negara asing.

Alhamdulillah saya telah berkunjung dan solat disini sekitar 10 kali. Masjid yang terletak ditengah-tengah kesibukan bandaraya Hong Kong meniggalkan banyak kenangan selama mula berada di china pada tahun 1998. Sesekali sampai di Hong Kong pasti saya ringankan kaki melangkah ke sana.

Masjid baharu seluas lebih 1,500 meter persegi. Bangunan masjid mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama ialah perpustakaan, bilik mesyuarat, pusat pengajian al-Quran dan pusat pengajian pemuda. Tingkat dua ialah ruang sembahyang yang boleh menampung kira-kira seribu orang beribadat bersama-sama. Dan tingkat tiga ialah ruang sembahyang untuk muslimah. Bangunan masjid itu mempunyai seni bina Arab






Tiada ulasan: