15 Jun 2021

Kuih Tradisi Kaum Cina "BAK CHANG" atau Kuih Chang


"BAK CHANG"atau Kuih Chang. Kuih tradisi kaum Cina kegemaran saya sampai sekarang.
Lepas PKP rencana nak pergi belajar dengan seorang kawan Cina Muslim juga di Kelantan.
Dalam sejarah kuno Bangsa Cina ada sejarah tersendiri mengenai kuih ini.
Merupakan makanan tradisi untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan 5 kalendar Lunar, kuih chang muncul pada zaman Dinasti Zhou dan berkaitan dengan simpati rakyat kepada Qu Yuan yang bunuh diri dengan melompat ke dalam Sungai Miluo.
Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti seperti daging, kacang dan cen­dawan sebelum dibalut dengan daun buluh untuk dikukus dan dikeringkan.
Semasa mengajar di Sarawak kuih ini sering saya beli dengan seorang penjual berbangsa Melayu yang pandai masak kuih ini.
Kalau saya ke China kuih Chang biasanya dibeli di Kedai Mee Tarik yang mudah ditemui disemua bandar di sana.

Tiada ulasan: