15 Jun 2021

Strategi Pelan Pemulihan Negara rangkumi empat fasa: PM



Kerajaan mewujudkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan berfasa keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah merangka pelan itu dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin.

"Kerajaan akan pertimbang peralihan fasa pertama kepada fasa kedua PKP sekiranya purata kes harian Covid-19 di bawah 4,000 kes," katanya semasa Perutusan Khas Perdana Menteri Pelan Pemulihan Negara sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan akan mempertimbangkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam Fasa Kedua peralihan PKP dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis

"Semua aktiviti pembuatan dibenarkan beroperasi semasa fasa tiga PKP tertakluk kepada SOP dan had kapasiti," katanya.

Sinar Harian/

Tiada ulasan: