Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ini berkesan untuk digunapakai.”

Korang pernah tak goreng ikan bilis dia menjadi lemau dan tidak rangup walaupun dah goreng lama-lama di dalam minyak yang panas? Sebenarnya goreng ikan bilis ini tidak semestinya hanya dengan menggunakan minyak yang panas sahaja ia akan terus menjadi rangup.

Kalau korang nak tahu sebenarnya ada petua untuk menggoreng ikan bilis supaya kekal rangup dan tahan lama, nanti sedap lah korang makan lagi-lagi dengan nasi lemak. Jom cuba petua ikan bilis goreng rangup ini supaya boleh simpan dijadikan stok di rumah.

1. Tapis ikan bilis sehingga kering

Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Jadi, satu atau dua jam sebelum nak masak korang boleh cuci dan tapis ikan bilis siap-siap bagi dia betul-betul kering semasa nak memasak.

2. Sangai sebelum menggoreng

Panaskan kuali tanpa meletakkan minyak, selepas kuali sudah panas korang boleh goreng sedikit atau sangai sekejap ikan bilis tersebut.

3. Sediakan cuka

Renjiskan beberapa titik cuka ikut keperluan dan kuantiti ikan bilis tersebut semasa disangai. Gaul cuka bersama ikan bilis supaya ia menjadi sebati.

4. Masukkan di dalam minyak yang betul-betul panas

Panaskan minyak, biar ia betul-betul panas. Kemudian masukkan ikan bilis yang sudah digaul dengan cuka tadi. Sekiranya ikan bilis sudah nampak garing, toskan segala minyak yang ada pada ikan bilis tersebut.

Sumber: Liza Idris