12 Julai 2021

EURO: Ronaldo menang Kasut Emas

 Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo. - Foto AFP.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo. - Foto AFP.

LONDON: Cristiano Ronaldo menambah koleksi anugerah peribadinya apabila memenangi Kasut Emas Euro 2020 selepas Harry Kane dan Raheem Sterling gagal menambah jaringan pada aksi final menentang Itali di Wembley.

Bintang Juventus itu kekal mendahului senarai penjaring terbanyak dengan lima gol walaupun pasukannya, Portugal tersingkir di peringkat kalah mati di tangan Belgium.

Pemain 35 tahun itu mengumpul lima gol dalam empat perlawanan pertama, berkongsi dengan Patrik Schick yang membawa Republik Czech ke suku akhir. Bagaimanapun jumlah umpanan gol membolehkan Ronaldo memenangi anugerah berkenaan.

Empat daripada jaringan Ronaldo di Euro 2020 hasil sepakan penalti manakala satu lagi daripada permainan terbuka ketika Portugal tewas 2-4 kepada Jerman.

- AGENSI

Tiada ulasan: