12 Julai 2021

EURO: Itali juara

 Pemain Itali rai kejayaan muncul juara UEFA EURO 2020 selepas menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley, sebentar tadi. -  Foto EPA

Pemain Itali rai kejayaan muncul juara UEFA EURO 2020 selepas menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA

LONDON: Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, sebentar tadi.

Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67.

Pemain Itali meraikan kejayaan selepas menang menerusi sepakan penalti aksi final Euro 2020 di Wembley. - Foto EPA
Pemain Itali meraikan kejayaan selepas menang menerusi sepakan penalti aksi final Euro 2020 di Wembley. - Foto EPA

Keputusan:

Italy 1 (Bonucci 67) England 1 (Shaw 2)

*Itali menang 3-2 selepas sepakan penentuan

Senarai pemenang Euro:

2020: Itali

2016: Portugal

2012: Sepanyol

2008: Sepanyol

2004: Greece

2000: Perancis

1996: Jerman

1992: Denmark

1988: Belanda

1984: Perancis

1980: Jerman Barat

1976: Czechoslovakia

1972: Jerman Barat

1968: Itali

1964: Sepanyol

1960: Soviet Union

- AGENSI/AFP

Tiada ulasan: