12 Julai 2021

Sampai bila Kerajaan Selangor terus gagal urus Covid.

 

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mempersoalkan sampai bila kerajaan Selangor akan terus membiarkan kes positif Covid 19 terus meningkat setiap hari dan menjadi negeri yang tertinggi di Malaysia.

Masih tiada langkah dan cadangan yang berkesan daripada Jawatankuasa Task Force Covid Selangor kepada MKN bagi membantu mengurangkan jangkitan covid19 dalam kalangan rakyat Selangor.

Umum telah mengetahui dan telah mengenalpasti bahawa punca  utama jangkitan virus  ini adalah daripada sektor perkilangan yang masih lagi dibenarkan beroperasi . Laporan media 6 Julai, mendedahkan 60% adalah kes positif daripada kluster tempat kerja kilang.

Sepatutnya langkah berkesan segera dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor dan tidak hanya membiarkan dan menunggu arahan dan keputusan daripada MKN.

Seolah-olah di Selangor macam tak ada kerajaan, hanya berdiam diri menunggu sahaja arahan daripada MKN.

Sewajarnya Kerajaan Selangor lebih proaktif menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat, kerana ini memberi kesan kepada angka positif Covid kebangsaan.

Memamg  tidak boleh dinafikan Selangor penyumbang tertinggi, jumlah pesakit Covid19. Semalam sahaja Selangor mencecah 4682 kes Covid daripada jumlah keseluruhan 9105 kes dalam negara.

Ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan mengaitkan angka yang tinggi tersebut dengan kegagalan kerajaan persekutuan.

Siapa yang gagal, Selangor atau Kerajaan Persekutuan ?

Selangor mempuyai Akta PBT, yang mempunyai kuasa dibawah Seksyen 102 (s) iaitu boleh menggantung operasi kilang yang memudharatkan.

Kerajaan negeri boleh mencadangkan peruntukkan ini kepada MKN. Situasi di Selangor sangat kritikal berbanding negeri lain.

Ia boleh membawa jangkitan ke negeri lain jika ada rentas daerah dan negeri sebagaima YB Roonie Liu lakukan ketika berada di Raub , Pahang.

UMMAH menyokong saranan Rafizi Ramli yang mempersoalkan "kenapa Selangor tak guna undang-undang PBT tutup operasi kilang"

Sampai bila pun kalau kilang ini masih beroperasi, kadar jangkitan tidak dapat dikurangkan.

UMMAH mendesak kerajaan Selangor untuk mengenal pasti langkah drastik dan jika perlu menggunakan kuasa dibawah undang- undang PBT bagi menutup operasi kilang dikawasan yang tinggi kes jangkitan.

Tindakan ini demi membantu pihak KKM, dan pelbagai pihak yang sedang bertungkus lumus menangani masalah Covid ini.

Kos yang besar ditanggung oleh kerajaan persekutuan untuk menjaga keselamatan negeri Selangor sedangkan punca yang sebenar tidak di tutup.

UMMAH berharap kerajaan negeri Selangor segera bangun daripada tidur.


MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

12 Julai 2021

Tiada ulasan: